Welcome Note

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

KAMAL ADLI And FANS

Sunday, September 27, 2009

Bio Nik Preview Eps 19

Penantian kita telah pun berakhir! Setelah seminggu tanpa Bio-Nik, Isnin kembali lagi untuk menceriakan hidup kita. Kali terakhir Bio-Nik bersiaran, Nik diserang Jimmy. What will happen to our hero? Looks like ada pertarungan akan berlaku antara mereka berdua. Johan pula sudah mula mampu mengawal kuasa barunya. Stay tuned for tonight, 9pm sharp! Enjoy the preview


Review Eps 18

Selamat Hari Raya semua! Hope you guys had a wonderful raya. Time to review last week's episode of Bio-Nik. Episod 18 yang berlalu introduces us to the new Johan yang kini mempunyai kuasa luar biasanya tersendiri. Adi pula sudah tidak sebulu dengan Nik dan bersekutu pula dengan Johan. Nik pula menerima aksesori baru and a new job. Let's recap the episode...


"Saya bukan diculik"

Episod bermula dengan kembalinya Johan dari diculik Jimmy dan Dr Harris. He tells Aina and Adi about what happens but with a different story. Instead of kata dia yang nak kuasa luar biasa, Johan claims Jimmy made him a guinea pig. Here we also find out that Adi accepts a job at Johan's company. Dia tak jadi fly ke? Then Johan tunjukkan pada mereka video yang akan diberikan kepada media tentang penculikannya. Dia kata 'akan tunjuk' tapi at the same time Nik tengah tengok the news report on TV. Silap skit kat situ. When Nik calls Aina, Johan intercepts and invite him to dinner. Sebelum beredar, Johan cuba memberitahu Adi tentang sifat Nik and kuasa Jimmy.


"Sejenis serum yang tidak mungkin wujud"

Meanwhile, kat lab rakan scientist Burn, he informs Burn that the liquid Burn found is a serum that shouldn't exist. Yang mampu mengubah gene DNA manusia. Apa yang mereka tahu, serum seperti ini pernah cuba dicipta oleh pelajar-pelajar kolej about 20 years ago. One of those scientist is Prof Hafiz. That night, Johan and Aina waited for Nik to arrive. Before that, Johan received a call from Dr Harris about the money he promised them. Jimmy lashes out at Dr Harris for believing in Johan.


"Saya dah agak dah, Doc! Kan saya dah bagitau yang dia tu hipokrit! Kaki kelentong!"

When we return from the commercial break, Johan offers Nik to work at his company but Nik declines. Nik leaves to the bathroom, followed by Johan in an attempt to convince him to take the job. Cubaan Johan berjaya sedikit when Nik says he will consider the offer. I still don't see the reason for this, apa tujuan Johan nak Nik bekerja dengannya. Bila Nik beredar, a man comes out and accidentally splashed some water onto Johan. In a fit of rage, Johan held his fingers and tiba-tiba the man was thrown backwards towards the wall. Kesian pakcik tu. At Nik's home, we see that Kamal has improved the multi-function gloves sampai dia sendiri boleh melekat di siling lab.


"Macam ni lah bro, bagi aku balik fikirkan tentang tawaran engkau dulu"

The next day, at breakfast, Nik informs his parents about Johan's job offer. Ibunya tidak bersetuju but Prof Hafiz tells him to take the offer memandangkan dia menyangka Johan sudah tidak ingat tentang kebolehan Nik. Later, Kamal datang kerana tidak sabar untuk memberitahu Nik tentang aksesori barunya. Here we see that Nik receives a new armor for his chest and arms, as well as gloves that can withstand heat and produce a laser beam that burns any object he aims at.


"Kali ni Nik mesti teruja dengan ciptaan baru untuk dia ni, Uncle"

The next day, Nik pergi berjumpa Johan untuk menerima tawaran kerjanya. Sementara itu, di rumah Nik, Burn datang melawat untuk berjumpa dengan dengan Prof Hafiz. Tujuannya adalah untuk menemuramah Prof Hafiz mengenai serum yang Burn telah jumpai dalam episod yang lepas. He informs Prof Hafiz tentang penemuannya itu and that it looks like the serum was recently used.


"Suka? Bro, aku dah jatuh cinta dengan perisai baru tu!"

In another scene kita lihat keadaan Nik di tempat kerja baru di mana dia terpaksa melihat gelagat Johan dan Aina bermesra depan mata. I'm confused with the status of their relationship. Dah break-up ke masih bersama. Aina ni macam tak sensitif dengan perasaan Nik je. Besides that, we also see that Adi sudah tidak berkawan dengan Nik, ignoring him bila Nik minta tolong dengan kerja. Kesian Nik disisih. Ni mesti sebab dia masih menaruh harapan pada Aina.


"Kalau dalam picagari, maksudnya ada orang telah gunakan serum itu"

In Johan's room, we see that he is on the phone with Dr Harris informing him that part of their project's fund has been wired. After the call, Adi bertanya pada Johan tentang bukti kuasa luar biasa yang dijanjikan. Johan pun menumpukan jarinya pada sebiji bola di atas meja and instantly the ball floats and drops right into Johan's palm. I think his power is using his mind/fingers to move objects. Adi macam tidak percaya.


"So, when can I see the proof?"

The next day, Nik terbangun lambat untuk kerja. Dalam keadaan kelam kabut, dia tertinggal fail penting yang diperlukannya untuk meeting hari itu. On his way to work, he saw Jimmy loitering around Johan's office. Nik cuba mengejarnya tetapi Jimmy lebih cepat menghilangkan diri. Even kuasa scanning Nik tidak mampu membantunya mengesan lokasi Jimmy. Dalam Nik mencari di suatu lorong, tiba-tiba Jimmy muncul dan menyerang Nik dengan alat 'tazer' menyebabkan Nik terkena renjatan elektrik. The episode ended with Nik blacking out.


"Jimmy, aku nampak kau, Jimmy!"

In my opinion, ada inconsistencies sedikit on a few parts of the story and tujuan disebalik sesuatu yang berlaku kurang jelas. Like why Johan wanted to hire Nik, and macam mana Adi dah boleh bekerja dengan Johan. Ke saya sendiri terlepas pandang? Anyway, next episod looks to be quite intense dengan aksi Jimmy berlawan dengan Nik.

Friday, September 18, 2009

Review Eps 17

Masa untuk kita review kembali episod 17 yang telah ke udara last week. This is the episode where Lisa kini telah diubahsuai oleh Prof Hafiz dan Johan pula telah bersepakat dengan Jimmy dan Dr Harris untuk membantu mencapai kepentingan masing-masing. I hope it's still not too late to give my input for this episode. Tanpa melengahkan masa, jom kita review...

"Aina, if Nik ever dumps you..."

Setelah persengketaan yang berlaku antara Nik and Aina, Aina seek the console of Adi untuk meluahkan perasaannya. Rupa-rupanya Adi memendam perasaan terhadap Aina. Namun Aina cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan menolak cinta Adi. Seketika kemudian, ayah Aina dan beberapa orang polis datang untuk meminta keterangan Aina mengenai kehilangan Aina. At first I thought macam ada salah skrip sebab benda-benda yang Aina ceritakan tak masuk akal especially about not seeing Jimmy. Lepas tu barulah saya sedar Aina was actually lying to cover up what happened.

"Nik, mandi! Busuk! Busuk! Busuk!"

Di rumah Nik pula, Nik baru bangun untuk bersarapan tetapi disergah Lisa yang sudah berubah seperti seorang kanak-kanak. Nik asks Prof Hafiz what happened and he invites him outside untuk ceritakan segalanya. Sebenarnya, chip Lisa telah rosak disebabkan litar pintas yang dibuat Lisa sendiri. Prof Hafiz only manage to upload a temporary personality for Lisa. However, penemuan video memori Lisa tentang kemalangan Nik tidak pula dibangkitkan. I assume that's what Prof Hafiz is keeping from Nik.At Dr Harris' lair, Dr Harris dan Jimmy confronts Johan of their intention with Johan. They try to prove to Johan that he will benefit as well. Kemudian mereka menunjukkan satu video yang kita sendiri tak dapat lihat.

"Aaahhh...Time-time critical jugak frekuensi lari"

Back at Nik's house, we see Burn hiding in the bushes seberang jalan untuk mengendap Nik dan keluarga. In the lab, Prof Hafiz sedang mencipta chip memori baru untuk Lisa. Dia bercadang untuk meletakkan pesonaliti orang yang suka merantau. I heard Karl Jung and stuff but have no idea what he meant. Tentang Dr Shamil juga dibangkitkan. Semua ini didengari Burn dari jauh. However, frekuensi satelit pengendap Burn hilang just as they were talking about upgrading Lisa's robotic features. At least that's what I heard as well.

"Aku nak engkau jadikan aku macam Nik... dan kau sembuhkan penyakit barah otak aku ini"

Back at Dr Harris's lair, Johan pun habis menonton video tersebut. Video ape ek? Is it dia boleh nampak scene yang tadi melalui Lisa? or it's just a video yang menceritakan tentang bisnes yang sedang mereka ceburi? Johan bersetuju untuk menyediakan dana untuk projek mereka tetapi dengan satu syarat. Johan meminta mereka menjadikannya sama seperti Nik dam menyembuhkan penyakit barah otaknya. So that's the illness Johan is having. Interesting...

"Specimen ini berusia 2 tahun, mungkin lebih, jadi jangan letak harapan yang tinggi"

Sementara itu, Burn dilihat memecah masuk sebuah makmal yang telah ditinggalkan. Dia telah menjumpai a syringe filled with what seems to be the serum yang digunakan Prof Mazni dan Dr Shamil dulu. Only in the latest episode that we know that it was Dr Shamil's lab yang he broke into. Burn pun berjumpa dengan rakannya yang merupakan seorang scientist untuk menganalisa cecair dalam syringe tersebut.

"Jimmy ada kuasa api yang boleh keluar dari tangannya!"

The next day, Lisa datang ke bilik Nik untuk mengejutkan Nik. Nik perasan Lisa dah berubah. Lisa pula informs him that today is her last day there. Apparently, Lisa is on her way to travel around Malaysia to find herself. Not sure why though tapi mungkin ada kaitan dengan personaliti yang dimasukkan Prof Hafiz. I guess we won't be seeing Lisa for a while. Setelah Kamal beredar menghantar Lisa, Aina muncul di hadapan rumah Nik untuk meminta bantuan Nik mencari Johan. This is where we find out Aina memang tahu apa yang berlaku. The conversation between the two here confuses me sebab kejap Nik menyindir, sekejap dia buat baik pula. Lepas tu Aina pula melarikan diri.

"I tak rasa apa-apa pun...Is it enough?"

It's now time to turn Johan into a mutant. Dr Harris bersedia untuk menyuntik Johan dengan serum ciptaan mereka. Pada mulanya, tiada apa yang berlaku tetapi kemudiannya tiba-tiba Johan meraung seperti orang gila. However, we don't get to see what power he obtains from the serum. Until next episode. Later that day, Nik dan Kamal berjumpa to catch up with things. Nik meluahkan perasaan cemburunya terhadap persahabatan Aina dan Johan. Kamal cuba memberi nasihat untuk memperbaiki perhubungan mereka.

"Nasib baik aku bukan anak orang kaya, kalau tidak dengan aku-aku pun diorang culik"

Dalam rancak berbual, they spotted a thief trying to escape. Nik pun meninggalkan Kamal untuk mengejar perompak tersebut. This brings us to the thief's home. Rupa-rupanya perompak ini seorang yang miskin yang terpaksa mencuri untuk menanggung kehidupan ahli keluarganya yang lain. Nik catches him at his home but lets him go after finding out about his situation with just a stern warning. Episod berakhir dengan bayang seorang ahli korporat berjalan. Of course it's Johan, so obvious.

"Ingat! Jangan gunakan alasan kemiskinan untuk mencuri!"

I like that they added Adi in the love triangle between Aina, Johan and Nik. Adakah kita akan melihat cinta 4 segi pula lepas ni? Hehe. What I think they should do is add another lady in the mix. Bagi Aina pula jealous. Besides that, niat Johan nak jadi seperti Nik membuatkan terlalu banyak pula yang mempunyai kuasa luar biasa yang bukan robotik. I hope it doesn't steer towards illogical situations. Lisa pula seperti dibazirkan bila dihantar merantau begitu sahaja.

Pada Minggu Hadapan Bio Nik tidak disiarkan kerana telemovie Hari Raya sdg dijalankan.
KamalAdliFC mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Drpd KAFC n AllThings Bio-Nik

Just a little something I made... Semoga raya anda tidak kesunyian tanpa Bio-Nik ;)



(click on the image for a closer view)

Monday, September 14, 2009

Bio Nik Preview Eps 18

Sekejap sahaja seminggu berlalu and Isnin pun kembali. Minggu ini dah masuk episod ke 18 or episod ke-5 untuk musim ke-2. From the preview kita boleh lihat Johan berjaya melarikan diri dari Dr Harris dan Jimmy setelah menipu mereka, Johan kini sudah memiliki kuasa luar biasanya yang tersendiri, Prof Hafiz pula telah mencipta satu bahagian suit Nik yang baru; probably something untuk tahan api dan haba Jimmy, and also we see Johan and Adi merancang sesuatu bersama. Is this the sign of Adi moving closer to the dark side? To know what happens next, set your watches to remind you that it's Bio-Nik time at 9pm! Enjoy the preview.

Sunday, September 6, 2009

Bio Nik Preview Eps 17

"Selamat pagi, selamat pagi" as quoted by Lisa in this week's episode, which is happening tonight! Apa dah jadi pada Lisa? Did Prof Hafiz modify her memory chip? And what's up with the poor family Nik is attacking? A classic case of a Robin Hood type of crime? Untuk ketahui jawapannya, set your watches to 9pm tonight on TV3! Enjoy the preview!
"Selamat pagi, selamat pagi" as quoted by Lisa in this week's episode, which is happening tonight! Apa dah jadi pada Lisa? Did Prof Hafiz modify her memory chip? And what's up with the poor family Nik is attacking? A classic case of a Robin Hood type of crime? Untuk ketahui jawapannya, set your watches to 9pm tonight on TV3! Enjoy the preview!

Please Komen !!!!!!!


Bagai Pinang Dibelah Dua lak hehehehehehe...

Pls komen ! Are they a sweet couple ???

Friday, September 4, 2009

Kamal Adli tetamu jemputan AC?




Left:Kamal Adli,Fizo Omar dan Alyah


Left:Fizo Omar,Alyah,Kamal Adli dan AC Mizal


Left:Kamal Adli,AC Mizal dan DJ hehehe

About Kamal Adli

Sorry klu tersalah update.Masa tu profil die tak full.Ni full.


This is Kamal Adli

NAMA PENTAS: Kamal Adli
NAMA : Ahmad Kamal Ahmad Adli
KERJAYA : Pengacara, Pelakon & Model
TEMPAT LAHIR : Pekan, Pahang
STATUS : Bujang
PENDIDIKAN : Pelajar Bidang Penyiaran di Malaysian Institute of Integrative Media (MIIM) Akademi TV3
EMAIL:kopikukaw@yahoo.com
HOBI : Menonton Wayang & Karaoke
SUKAN : Futsal
TINGGI : 180 cm
BERAT : 73 kg
JENAMA PAKAIAN: Camel Active, AX, Versace & Cult
PRODUK WAJAH: Biotherm & Lab Series

DUTA PRODUK
Duta Handycam Sony (Sony Handycam Product Icon) selama setahun.

KERJAYA SENI

PENGACARA
1. Host : Rentak Juara, Rhythm Of Champions (RJROC) 2008 di RTM1
2. Host : Pandanganku, Ceritaku (tajaan SONY, produksi Blackbox) di Astro Ria

PELAKON
Pelakon (watak Johan) : Impian Sunsilk (produksi Red Communication) di TV3

MODEL
1. Hero Remaja 2007/2008
2. Catwalk – Lee Cooper, Converse dan lain-lain.
3. Iklan – KFC

Look!!Bio Nik Ratings 10/10

Look at this...

Betul ke?? This was a status update made by Norliana Samsudin a.k.a. Suri at her Facebook Fan Page. Kalau betul...WOOHOO!!! Tak sia-sia sokongan kita pada rancangan no. 1 di TV3 ni. Harap-harap ini satu petanda baik untuk musim 3 diberi green light... or better yet, Bio-Nik: The Movie!

Bio Nik Rexona Lasak !!!!

Review Eps 16


Episod 16 telah pun bersiaran last Monday. Baru sahaja 3 episod down for this season and already it's getting interesting. Episod kali ini menampilkan kebangkitan Lisa yang baru, resolusi Dr Harris dan Jimmy terhadap keengganan Johan bekerjasama dan an unexpected revelation. Mari3 kita singkap semula episod ini...

"I strongly suggest that you start looking into your client's request, if you're still interested in becoming a big man"

Episod starts with the conversation between Dr Harris and Agron Trotsky. Agron is not happy with the progress of the project but Dr Harris is not scared of his threat (Did anyone notice Dr Harris repeated the same sentence twice?). Dia menceritakan tentang kekurangan dana untuk membiayai projek ini dan juga tentang Nik dan keluarga.
Agron seems to think this should not be a problem and he should just take care of Nik and Family. Kesimpulannya, Dr Harris mengarahkan Jimmy menyelesaikan masalah Johan.

"Ingat Nik, jangan bagi pisang berbuah dua kali"

As we know, at the end of the last episode Nik finally read Lisa's email for help. So Nik pun pergi berjumpa ayahnya untuk menceritakan tentang email tersebut. Prof Hafiz mengingatkan Nik untuk tidak get involve with Lisa again as it can lead to danger for the family. Dia suruh Nik untuk just ignore the email memandangkan emel sahaja boleh membuatkan Nik bertindak celaru. Besides that, Prof Hafiz juga menunjukkan suit ciptaannya kepada Nik.

"Kalau Papa Q, Nik-lah James Bond-nye, kan?"

Di rumah Aina, Aina kerisauan kerana Nik tidak menghubunginya untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepadanya. She however receives an SMS from Johan to come downstairs and is serenaded by the 3 Amigos singing Happy Birthday (Spot tak Prof Khairul? Haha..). Dalam pada Aina nak mengadakan majlis hari jadi, tiba-tiba Johan mengajak Aina keluar makan malam. Kesian yang penat-penat datang kena tunggu Aina untuk balik nanti. What will they do sementara itu? Oh ya, the 3 Amigos ada for entertainment.

"These 3 jokers is just the beginning of our wonderful night"

Meanwhile, Lisa finally wakes up. She toils with a nearby computer to get information on Nik's whereabout. Sebaik mendapat maklumat tersebut, Lisa melarikan diri untuk mencari Nik. Tanpa diketahui, Dr Harris sedang memerhatikan melalui CCTV. He didn't stop Lisa as he has a plan of his own. Di rumah Nik, cerita Prof Hafiz pasal lamaran di Elite Restaurant (Tribute to kumpulan Elite? Also, bukan sebelum ni Stardust namanye?) mengingatkan Nik that it was Aina's birthday. Sebelum Nik dapat beredar, Lisa appears at the front gate to warn him that Aina and Johan is in danger.

"Yang penting sekarang, Aina dan Johan dalam bahaya"

Johan and Aina's date went wrong bila Johan tidak putus-putus menceritakan kecemburuannya terhadap Nik. Ini membuatkan Aina marah terhadap Johan and ask to leave. On the way, Jimmy tiba dan cuba mengugut keselamatan mereka dengan kuasa pyro-nya. Jimmy attacks both of them during the commercial break I guess since Aina sudah tidak kelihatan. At this time, she probably fainted already. Johan pula sudah dibelasah teruk. One final blow from Jimmy and Johan is out. Jimmy membawa Johan ke lab Dr Harris. Dr Harris is however worried about this since Aina saw him kidnap Johan.

"Bayangkan aku adalah Johan dan kau pula adalah Jimmy! Macam mana rasanya?"

Sementara itu, Lisa tries to convince Nik yang dia memang Lisa dengan memancarkan memorinya ke dalam kepala Nik, including introducing Dr Harris and his plan to get Nik by using her. Di sini Lisa menceritakan all the plans yang Jimmy and Dr Harris has with Agron Trotsky. I'm not particularly fond of this plot. Mengkomersialkan programme ADAM. Doesn't really sound like sampai perlu bunuh-membunuh untuk buat bisnes. Nik cuba mendapatkan maklumat tentang kedudukan Dr Harris tetapi Dr Harris berjaya mengawal Lisa untuk bertindak menyerang Nik. The fights scene effects look cool but Lisa tak nampak macam bersungguh-sungguh throwing a punch. Before ending Nik's life, tiba-tiba Lisa seperti kembali normal. Lisa tries to prevent Dr Harris from controlling her by causing damage to her arm.

"Kau perlukan bukti? Baik, mari aku tunjukkan"

Di rumah, Nik membawa Lisa kembali and ask Prof Hafiz and Kamal for help to fix Lisa. The 'Terminator' effect of Lisa's inner skull is cool. Looks almost as if it's real. Prof Hafiz manage to analyze Lisa's chip and finds out that she has been programmed to destroy Nik. Prof Hafiz is worried of this sebab it was exactly what he warned Nik not to do. Nik leaves to the dining room only to find out about Aina and Johan's rendezvous the previous night. Konon nak marah Aina tetapi bila dapat tahu Aina di hospital tak jadi. Downstairs, Prof Hafiz ask Kamal to further analyze chip Lisa to find out more about her.

"Version 3? Version 1 pun terkial-kial..."

Di lab Dr Harris, Johan awakens but still enggan untuk menolong mereka. Jadi dia ditinggalkan bersendirian terikat. Nik arrives at the hospital to express his dissatisfaction with the news of Aina and Johan dating. Jahat gila Nik nak salahkan Aina sendiri tentang kecelakaan yang menimpanya. Back at home, Kamal finds a portion of Lisa's memory that is of interest to Prof Hafiz. It was a vision of an accident that looks like Nik's accident masa episod 1 dulu dari pandangan kereta yang melanggar Nik. Awesome. I assume Lisa was in the car but what does this tell us? Adakah ini bermakna Lisa terlibat dalam kemalangan tersebut menjadikan itu sebab dia jadi bionik? Or Nik's accident itself was all part of an elaborate plan? This is getting interesting...

"Kalau aku dah mati, engkau bukan orang pertama yang aku jumpa!"

Secara keseluruhan, I like this episod kerana banyak yang berlaku. Tidak meleret cerita-ceritanya. Best part, the revelation at the membuatkan saya teruja kerana this was something totally unexpected from me. Ke korang dah agak dari dulu? Huhu. Can't wait for next episode.

Tuesday, September 1, 2009

Review Eps 15


Review tiba lambat kali ini, a lot of things taking my time. Apa-apa pun, blog ini saya tak mahu abaikan. Let's review the 2nd episode of season 2 yang ke udara last Monday. I didn't manage to catch it on air so harap-harap I didn't miss out on any interesting bit yang tidak ditunjuk online. This episode rekindles Nik's relationship with his dad disebabkan kemarahannya yang semakin tidak terkawal. Di lihat juga Lisa is starting to wake up and Dr Harris sudah mula merancang membawa Johan to the dark side once again. Jom kita review...

"Dalam hal ini kamu berdua bersalah dan sememangnya patut dihukum!"

Last episode berhenti semasa Prof Hafiz was about to tell Kamal about Nik's secret. Rasanya we can assume Kamal sudah tahu since kesudahannya tidak ditunjuk. The episode instead starts with a situation where a guys is threatening to kill his girlfriend because of infidelity. Selepas masing-masing mengaku kesalahan mereka di depan Nik, tiba-tiba Nik tersentap dan berasa marah dengan kedua-duanya. Nik seolah-olah tidak terkawal lalu membaling kerusi sofa towards the couple. Ouch! Not sure of their fate though. Nik escapes before the police arrives. Meanwhile, Burn is busy analyzing the pictures sent by Hero Misteri.

"Don't take it so hard, OK?"

Keesokan harinya, Nik terbaca berita mengenai apa yang terjadi. Nik berasa marah dan kesal dengan kejadian tersebut. His mother comforts him and advise him to seek help with dad. Nik pun pergi berjumpa bapanya untuk memberitahu masalahnya. Nik terasa dia semakin tidak mampu mengawal kuasanya, terutamanya ketika dia marah. When he sees something bad, he'll go ballistic. Sempat pulak bapa dia buat lawak. I guess to cheer him up. So Prof Hafiz advises him to take a breather and hang out with friends. Nik juga menyentuh tentang sarung tangan multi-function Kamal yang disimpan Prof Hafiz. Mungkin akan digunakan untuk suit Nik kot. Cool...

"Kalau dia ngap, nanti I ngep..."

Nik pun cuba mengajak Aina keluar makan tetapi ditolak kerana sudah pun keluar dengan Johan. Nik sempat mendengar suara Johan di telefon and starts to suspect something fishy. The scene moves to Aina and Johan. Johan sedang mencari pekerja untuk syarikatnya dan Aina pun mencadangkan Adi sedangkan dah tahu Adi dah nak fly. Johan cuba menunjuk sifat baik dengan mengambilkan makanan untuk Aina. Aina pun cair dengan his good deed.

"Aku dah nak dekat tahu identiti Hero Misteri"

That night, Nik hangs out with Burn. Yang buat saya tertanya is kenapa Burn boleh kenal Nik kalau memorinya dah dipadam. Bukan mereka berkenalan pun sebab tahu pasal kuasa Nik? Takkan dia tak tertanya macam mana dia boleh kenal Nik ni. Didn't that email also include cerita pasal Nik? Takkan tak dapat tafsirkan. Anyway, Burn ceritakan misinya to uncover who Hero Misteri is to Nik. On the way back, Burn spotted the watch Nik was wearing. Tapi ini masih belum memberitahunya apa-apa lagi.

"Pergerakan mata Lisa semakin pantas, is she OK?"

Meanwhile, at Dr Harris' lab, Jimmy brought up pasal dana untuk misi menjual chip ADAM mereka yang tidak cukup. Dr Harris has plans to minta Johan untuk menampung kos yang diperlukan. If Johan rejects, they plan to use Aina to get him to co-operate. Selepas mereka beredar, Lisa is seen telepathically typing an email to Nik to ask for help. Email tersebut tiba di inbox Nik tetapi terlepas pandang apabila adiknya Alia menggunakan komputernya untuk berdating. The scene of Nik and Alia chasing around was funny tapi was played out a bit too long.

"Abang tengok adik ni tukar boyfriend macam tukar stokin"

Later that day, Nik meets up with his dad as Prof Hafiz has a new device to install into Nik. Prof Hafiz telah menciptakan satu peranti yang boleh melumpuhkan Nik for 7 seconds anytime his rage starts. This would prevent him from further hurting people. Meanwhile, Burn pula kembali menganalisis gambar hero misteri dan ternampak jam yang sama dipakai Nik pada Hero Misteri. The use of the dramatic music should've been done time ni instead of masa Burn jumpa Nik sebab masa tu Burn tak nampak lagi. Pastu a flash back of the watch would help us recall macam mana Burn figured Nik out.

"Papa harap 7 saat itu cukup masa untuk menenangkan kamu"

At Johan's office, Johan and Aina are on their way back. Johan offers a ride home to Aina tetapi ditolak kerana tidak mahu memberi apa-apa tanggapan yang salah terhadap perhubungan mereka. Johan acknowledges it and let Aina go. Dalam perjalanan pulang, Johan disapa Dr Harris with his plan. Here we find out Johan masih ada penyakit akibat kemalangan yang dialaminya dulu. Namun, Johan tidak berminat untuk bersekutu dengan Dr Harris. He also threatens Dr Harris not to touch Aina.

"...Dan aku boleh sembuhkan penyakit dalam kepala kau tu"

Malam tu, seorang peragut disentap Hero Misteri. At first, peragut tersebut akur dengan permintaan Hero Misteri tetapi took a chance to stab him in the back, literally. Nik got mad about this and threatens to kill the guy until he was jerked by an electric shock going through his body. Nik menjadi lumpuh akibat renjatan elektrik itu dan tidak dapat menghalang peragut tersebut. When he returns, only he reads Lisa's email.

"help!!! -Lisa-"

Episod kali ini pada pendapat saya penangannya kurang berbanding episod sebelum ini. Maybe sebab the development of the story is not much. Kita ditinggalkan totally clueless about Dr Harris' plan besides telling us he has 2 plans (1 pasal Johan, 1 pasal Lisa). Lisa pun only manage to send an email. Tak sedar lagi. I did like the part about Nik's rage though. Brings another side to Nik's abilities. I miss Kamal(Eyzendy)'s jokes though;). Harap-harap dia kembali dalam the next episode.